Gara-Gara Tahi Lembu, Lelaki Maut Selepas Tegur Jiran - Berita Dunia | mStar

Gara-Gara Tahi Lembu, Lelaki Maut Selepas Tegur Jiran

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mac 2018 10:17 PM

Gambar hiasan. - Bloomberg

(Ubah saiz teks)

PERGADUHAN antara jiran berhubung tahi lembu bertukar tragedi pada Selasa dan berakhir dengan kematian.

Insiden yang berlaku di Bapu Nagar, Aligarh di utara India itu dilaporkan tercetus selepas Rajkumar, 42, berasa berang apabila dia tergelincir disebabkan tahi lembu di depan rumahnya ketika ingin keluar ke tempat kerja.

Mangsa kemudiannya menegur jirannya, Shankarwati Yadav tentang perkara itu kerana lembu tersebut milik jiran tersebut.

Kedua-duanya mula bertengkar gara-gara tahi lembu berkenaan.

Keadaan bertambah buruk apabila Yadav didakwa mengambil sebatang kayu dan memukul Rajkumar di bahagian kepala sehingga menyebabkan lelaki itu tumbang serta-merta.

Mangsa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Seorang saksi, Jai Thakur mendakwa Yadav telah menyerang Rajkumar sambil menambah bahawa isu tahi lembu itu berlaku setiap hari, namun Yadav tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengubah keadaan berkenaan. - Times of India

Tags / Kata Kunci: tahi lembu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan