Orang Ramai Terkedu Lihat Wanita Lahir Bayi Dalam Laut Merah - Berita Dunia | mStar

Orang Ramai Terkedu Lihat Wanita Lahir Bayi Dalam Laut Merah

Diterbitkan: Khamis, 15 Mac 2018 3:53 PM

-foto CEN

(Ubah saiz teks)

LAUT Merah di Mesir adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia dan hari ini ia menjadi lebih istimewa selepas seorang wanita melahirkan bayinya di lokasi ikonik itu.

Orang awam di bandar peranginan Dahab, utara Sharm el-Sheikh, terkejut apabila melihat seorang wanita, yang namanya belum dikenal pasti tetapi dipercayai dari Rusia, melahirkan bayi di dalam laut.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki, dilaporkan suami wanita berkenaan muncul dari dalam air sambil memegang bayi yang baru lahir.

Wanita itu mengekori tidak lama kemudian, untuk bersama suami dan bayi yang baru dilahirkan bagi meraikan kelahiran yang luar biasa itu.

Mereka yang menyaksikan kelahiran itu sempat mengambil gambar bapa bayi dan seorang doktor (dilaporkan juga dari Rusia) yang pakar dalam kelahiran dalam air.

-foto CEN

Gambar-gambar pasangan itu, doktor dan bayi baru lahir yang dibawa naik dari Laut Merah kini tular di media sosial.

Terdapat gambar menunjukkan si bapa sedang memegang bayi yang masih bertali pusat bersama plasenta dalam bekas plastik.

Kesemua gambar dirakamkan oleh pelancong dari balkoni hotel.

-foto CEN

Menurut laporan saksi, wanita itu melahirkan bayinya selepas masuk ke dalam laut hanya memakai bikini.

Orang ramai di Facebook bercakap tentang 'nikmat' dan betapa mudahnya melahirkan bayi dalam air.

Laporan media tempatan mencadangkan Dahab, yang terletak di pantai selatan Semenanjung Sinai (50 batu dari timur laut dari Sharm el-Sheikh), menjadi semakin popular dengan ramai bakal ibu mahu melahirkan anak di lokasi itu.

Dahulunya sebuah perkampungan nelayan Bedouin, Dahab dianggap sebagai destinasi menyelam yang ideal di Sinai.

Tags / Kata Kunci: Laut Merah , lahir dalam air
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan