Budak Perempuan Lalui Detik Cemas 'Diserang' Singa - Berita Dunia | mStar

Budak Perempuan Lalui Detik Cemas 'Diserang' Singa

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2018 3:23 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG budak perempuan melalui detik cemas apabila 'diserang' seekor singa ketika berada di dalam kandang haiwan itu bersama sekumpulan kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, tidak jelas kenapa kanak-kanak itu berada dalam kandang itu.

Ketika mereka teruja berada bersama singa di situ, tiba-tiba seekor haiwan itu meluru ke arah seorang budak perempuan hingga dia terjatuh.

Kanak-kanak yang ketakutan itu terus menjerit dan situasi itu mencetuskan suasana huru-hara di situ sehingga seorang lelaki bertindak pantas dan membantu budak itu.

Lelaki berkenaan segera menarik singa yang bagaikan kanak-kanak itu terperangkap hingga terjatuh.

Insiden itu menyebabkan kanak-kanak lain yang ada di sekitar kawasan itu terkejut dan menjerit ketakutan.

Tindakan pantas lelaki berkenaan dapat menyelamatkan kanak-kanak perempuan itu, bagaimanapun keadaannya tidak diketahui.

Kejadian menakutkan itu berlaku di Jeddah, Arab Saudi pada Sabtu lalu.

Tags / Kata Kunci: singa , Jeddah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan