Isteri Maut Selepas Suami Guna Bom Mortar Sebagai Alat Seks - Berita Dunia | mStar

Isteri Maut Selepas Suami Guna Bom Mortar Sebagai Alat Seks

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2018 8:05 AM

Bom mortar dipercayai tidak lagi aktif ditemui dalam beg tangan mangsa. Foto: CEN/Panamericana

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita di Peru maut selepas suaminya dipercayai menggunakan bom mortar sebagai alat mainan seks.

Insiden itu berlaku apabila kedua-dua mereka berada dalam keadaan mabuk.

Menurut laporan Daily Mail, Ruben Valera Cornejo memberitahu polis di Arequipa, isterinya, Yubitza Llerena telah memintanya menggunakan objek dari rumah mereka ketika mahu mengadakan hubungan intim.

Valera Cornejo yang ditahan atas kesalahan membunuh mendakwa dia tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku.

Polis melakukan siasatan di tempat kejadian.

Menurutnya, dia tertidur dan hanya mendapati isterinya tidak bergerak selepas dia tersedar dari tidur.

Pegawai penyiasat memberitahu mereka menemui mortar dengan kesan darah dalam beg tangan wanita itu bersama alat mainan seks lain.

Ketua polis Javier Arana dalam satu kenyataan lain berkata, mortar tersebut berukuran 40 sentimeter (sm) panjang dan kira-kira 6 sm lebar itu dipercayai sudah tidak aktif dan dijadikan sebagai barang perhiasan.

"Kami turut menemui ubat tahan sakit yang digunakan mangsa," ujarnya.

Sementara itu, bapa mangsa, Washington Llerena menegaskan Valera Cornejo wajar dihukum penjara setelah apa yang dilakukan terhadap anaknya.

"Saya akan terus menuntut bela hingga mendapat pengadilan sepatutnya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bom Mortar , Seks
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan