Adegan Rogol Budak Perempuan 11 Tahun Bertukar Cinta, Pengarah Syarikat Didakwa - Berita Dunia | mStar

Adegan Rogol Budak Perempuan 11 Tahun Bertukar Cinta, Pengarah Syarikat Didakwa

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2018 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pengarah di sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di Singapura gara-gara melakukan hubungan seksual dengan budak perempuan berusia sebelas tahun.

Budak perempuan itu merupakan bekas kekasih anak lelakinya yang berusia 12 Tahun.

Ia bermula apabila lelaki berusia 47 tahun itu melayari laman Facebook anak lelakinya pada tahun 2012 untuk mencari punca anaknya yang kelihatan sedih.

Ketika itu juga, lelaki tersebut menemui gambar bogel budak perempuan itu.

Budak perempuan itu menghantar gambar bogelnya selepas pelajar Tahun 6 memintanya berbuat demikian.

Kedua-dua nama kanak-kanak itu dirahsiakan.

Lelaki itu bertindak menghubungi kanak-kanak perempuan untuk berbincang kenapa berpisah dengan anaknya.

Dia kemudian membawa budak perempuan itu ke Hotel Copthorne King dan merogol mangsa di dalam sebuah bilih yang telah ditempah.

Walaupun dirogol, budak perempuan itu mula menyukai lelaki itu kerana layanan yang baik serta sentiasa menyokong dalam minatnya terhadap aktiviti renang.

Dia terus bertemu dengan lelaki tersebut dan meneruskan adegan seks sama ada di ruangan parkir, hotel ataupun di bumbung kondominum tempat tinggal budak perempuan itu.

Dia tidak memberitahu perkara tersebut kepada keluarganya kerana khuatir akan dimarahi memandangkan terlibat dengan lelaki yang sudah berkahwin.

Malah budak perempuan itu turut menerima hadiah pakaian renang yang mahal.

Lelaki itu juga dikenanali seorang yang kuat cemburu dan akan memeriksa sosial media mangsa.

Pada Februari 2014, budak perempuan itu mahu memutuskan hubungan kerana sudah bertemu dengan teman lelaki baharu yang sebaya dengannnya.

Keputusan tersebut mendatangkan kemarahan lelaki itu dan ugutan mula dilakukan ke atas mangsa serta teman lelaki baharunya.

Malah gambar adegan melakukan seks turut tersebar ke keluarga mangsa yang akhirnya membuat laporan polis.

Tags / Kata Kunci: Rogol , Cinta
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan