Bukan Saja Makanan, Gempar Apabila Ibu Bekalkan Senjata Buat Anak - Berita Dunia | mStar

Bukan Saja Makanan, Gempar Apabila Ibu Bekalkan Senjata Buat Anak

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2018 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

CAROLINA SELATAN: Sebuah pusat penjagaan harian gempar apabila sepucuk pistol yang dipenuhi peluru ditemui dalam beg makanan seorang kanak-kanak.

Insiden itu diketahui selepas dimaklumkan kepada guru di Pusat Pembangunan Kanak-Kanak di Gereja Baptis Tasik Bowen di Inman dekat sini.

Kanak-kanak berkenaan juga terkejut melihat senjata itu apabila membuka bekas makanan pada waktu rehat pada pukul 2.30 petang dan segera memaklumkan kepada gurunya.

Kanak-kanak perempuan itu dikatakan telah membawa pistol berkenaan selepas ibunya secara tidak sengaja menempatkan senjata itu bersama makanan yang dibekalkan untuk anaknya.

“Ini kepunyaan ibu. Saya tidak sepatut menyentuhnya,” kata kanak-kanak itu yang identitinya tidak didedahkan.

Pemeriksaan mendapati, ibu kanak-kanak itu dalam keadaan kelam kabut untuk menguruskan anaknya selepas suaminya terpaksa bertugas di luar kawasan hingga memasukkan senjata itu ketika menyiapkan bekalan makanan anaknya.

Susulan itu, menurut paderi gereja itu, Brad Atkins, senjata itu dikeluarkan dari kotak makanan dan disimpan di tempat selamat.

"Sudah lebih 20 tahun saya bertugas di sini dan ia kali pertama insiden seperti ini berlaku," katanya.

Ibu bapa kanak-kanak itu telah dipanggil ke pusat berkenaan sebelum diberikan nasihat dan memulangkan senjata itu.-Newsweek

Tags / Kata Kunci: Brad Atkins , Carolina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan