Peserta Realiti TV Obes Meninggal Dunia Ketika Penggambaran - Berita Dunia | mStar

Peserta Realiti TV Obes Meninggal Dunia Ketika Penggambaran

Diterbitkan: Ahad, 4 Mac 2018 11:15 AM

-foto MediaWorks NZ Limited

(Ubah saiz teks)

SEORANG peserta rancangan realiti TV untuk kumpulan obesiti meninggal dunia dalam satu episod penggambaran.

Robert Buchel, 41, yang beratnya lebih 380kg pada permulaan musim ini, meninggal dunia akibat serangan jantung November lalu ketika menunggu pembedahan penurunan berat badan yang berpotensi menyelamatkan nyawanya.

Bagaimanapun, episod itu hanya akan ke udara minggu ini dalam program 'My 600-lb Life' yang disiarkan di TLC.

TLC berkata pihaknya sangat sedih dengan kehilangan Buchel.

"Kami berterima kasih kepada keluarganya yang terus membenarkan kami berkongsi cerita keberaniannya dengan penonton kami.

"Ingatan dan doa kami sentiasa bersama mereka pada masa sukar ini," katanya dalam satu kenyataan.

Buchel sebelum ini bergelut dengan berat badannya, menghidap kemurungan dan ketagihan ubat mengurangkan rasa sakit (pain killer).

Dia berjaya menurunkan lebih dari 100kg sebelum meninggal dunia.

Tunangnya, Kathryn Lemanski, berkongsi penderitaannya dalam posting Facebook yang menyentuh hati.

"Dia tidak sepatutnya pergi dengan cara ini dan ini bukan masanya.

"Rob mempunyai kehidupan yang sukar dan dalam dua bulan terakhir, dia akhirnya mempunyai harapan untuk menjalani kehidupan yang selalu diidamkannya.

"Orang sepertinya tidak sepatutnya mati dengan cara ini dan pastinya bukan seawal ini dan pastinya bukan bila kehidupannya baru hendak bermula."

Buchel adalah orang pertama yang meninggal dunia dalam siri ini.

Peserta lain, Henry Foots, meninggal dunia pada 2013 selepas penampilannya dalam program tersebut. -NewsHub

Tags / Kata Kunci: obesiti , realiti TV , My 600-lb Life
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan