Wabak Akibat Melon Tercemar Ragut Tiga Nyawa - Berita Dunia | mStar

Wabak Akibat Melon Tercemar Ragut Tiga Nyawa

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2018 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

WABAK yang menular akibat pencemaran tanaman rock melon mengakibatkan tiga maut, manakala 12 yang lain masih dirawat.

Pihak berkuasa kesihatan Australia mengesahkan perkara itu dan menjangkakan lebih banyak kes dicatatkan susulan penularan wabak itu.

Ia mula merebak dari ladang penanaman melon di timur New South Wales (NSW) dan setakat ini syarikat yang mengendalikan ladang itu telah digantung operasi sehingga siasatan selesai.

Sehingga Jumaat, 15 mangsa dalam kalangan warga emas telah dikesan dan ia mulai merebak dari Victoria ke Tasmania.

"Kami boleh sahkan 13 daripada 15 kes yang direkodkan telah memakan rockmelon sebelum jatuh sakit," kata Pengarah Penyakit Berjangkit Kesihatan NSW, Dr Vicky Sheppeard.

Setakat ini, pihak berkuasa kesihatan memberi jaminan semua tanaman yang tercemar dengan bakteria yang menyebabkan merebaknya wabak itu telah dikeluarkan dari pasaraya.

Berdasarkan penelitian kes, simptom hanya akan dialami selepas maksimum enam minggu memakan makanan tercemar.

Antara kesannya adalah selsema yang boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit dan jangkitan darah dan otak.

Bakteria ini ditemui dalam tanah, air dan tumbuh-tumbuhan.

Antara makanan yang berisiko tercemar adalah melon, salad, makanan laut mentah, salmon, produk tenusu, cendawan mentah.

Wabak seperti ini jarang melanda Australia, bagaimanapun kejadian sama pernah berlaku di Aftika Selatan hingga membunuh lebih 170 orang pada Januari tahun lalu.-ChannelNewsAsia

Tags / Kata Kunci: melon , Victoria
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan