Pelajar Wanita 'Diserang' Guna Belon Air Kencing - Berita Dunia | mStar

Pelajar Wanita 'Diserang' Guna Belon Air Kencing

Diterbitkan: Sabtu, 3 Mac 2018 9:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUA pelajar universiti di Delhi mendakwa 'diserang' menggunakan belon yang diisi dengan air kencing.

Pelajar wanita itu membuat aduan di balai polis Delhi berhubung perbuatan yang didakwa dilakukan budak nakal.

Kedua-dua pelajar berkenaan menuntut di Universiti Delhi dan mereka telah membuat laporan berasingan di dua lokasi berbeza berhubung kejadian itu.

Kedua-dua mangsa juga merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek.

Dalam salah satu laporan yang dibuat, mangsa mengadu dua lelaki yang menaiki motosikal melemparkan belon dipercayai berisi air kencing ke arahnya.

Belon itu terkena dada dan menyebabkan dia kesakitan hingga terjatuh.

Ketika kejadian pada pukul 4.30 petang, 28 Februari lalu itu, mangsa sedang berjalan sendirian untuk pulang ke rumahnya.-IndiaToday

Tags / Kata Kunci: Universiti Delhi , belon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan