Lamaran Ditolak Di Majlis Kahwin, Lelaki Ini Dapat 'Isteri Ganti' Segera! - Berita Dunia | mStar

Lamaran Ditolak Di Majlis Kahwin, Lelaki Ini Dapat 'Isteri Ganti' Segera!

Diterbitkan: Rabu, 28 Februari 2018 11:33 AM

Dr Ravi Kumar dan isterinya, Neha. -foto Dainik Bhaskar

(Ubah saiz teks)

SEORANG pengantin lelaki terpaksa pulang ke rumah bukan dengan isteri yang sepatutnya dia berkahwin, gara-gara wanita itu mengubah keputusan pada saat akhir atas sebab yang agak pelik.

Dalam kejadian di India, pengantin perempuan kepada lelaki berkenaan menolak untuk meneruskan perkahwinan setelah melihat kepalanya yang botak.

Keluarga Dr Ravi Kumar telah menyusun majlis perkahwinannya dengan seorang gadis di kampung Sugauli, Bihar, lebih dari satu tahun lalu dan pasangan itu akhirnya bertemu dan berkahwin dalam majlis perkahwinan tradisional.

Menjelang tarikh yang ditetapkan pada 18 Februari, Kumar yang merupakan ahli bedah saraf bersama keluarganya pergi ke Bihar dari New Delhi.

Setelah semua upacara selesai dan hanya menantikan pasangan itu untuk keluar dan bersanding, 'bencana' melanda!

Semuanya berlaku apabila Kumar membuka selendang tradisionalnya dan pengantin perempuannya melihat kepalanya yang botak.

Lelaki berambut lebat nampaknya satu kemestian untuk pengantin perempuan muda itu, kerana apabila melihat Kumar, dia tanpa rasa bersalah menolak meneruskan perkahwinan itu.

Walaupun saudara Kumar memujuk keluarga gadis itu untuk menghormati perjanjian yang telah mereka buat lebih dari setahun yang lalu, pengantin perempuan tetap berkeras, jadi segala-galanya terpaksa dibatalkan.

Tetapi Kumar telah meninggalkan rumahnya dengan azam untuk pulang sebagai seorang yang bergelar suami.

Jadi, dia telah meminta keluarganya mencari seorang wanita lain di sekitar kampung dan percaya atau tidak, mereka berjaya mendapatkannya.

Saudara maranya mencadangkan dia berkahwin dengan Neha, anak perempuan seorang penjual sayur yang miskin. Kedua-dua mereka berkahwin di Kompleks Kuil Ramjanki pada hari yang sama.

Foto perkahwinannya menunjukkan Kumar sedang tersenyum, kerana hasratnya telah dipenuhi tetapi bagi Neha, sebaliknya. -Gulf News

Tags / Kata Kunci: pengantin , majlis kahwin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan