Trump Anggap Polis Pengecut, Gagal Halang Insiden Tembakan - Berita Dunia | mStar

Trump Anggap Polis Pengecut, Gagal Halang Insiden Tembakan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 12:42 PM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump curiga dengan sikap timbalan ketua polis di Parkland, Florida yang terlibat dalam insiden tembakan minggu lalu.

Berang dengan kejadian yang mengakibatkan 14 pelajar dan tiga guru maut, Trump menganggap Scot Peterson yang bersenjata itu sebagai pengecut.

"Mereka dilatih tetapi tidak bertindak seperti yang sepatutnya dalam keadaan cemas atau mereka pengecut.

"Apabila tiba masanya untuk bertindak, tetapi dia tidak berani melakukannya. Tentu sekali dia gagal dalam menjalankan tugasnya, ia memang jelas sekali," katanya.

Ketua Balai Polis Broward berkata, Peterson hadir pada majlis sambutan Hari Memperingati Kekasih ketika insiden berdarah itu berlaku di Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas tetapi tidak bertindak menghentikan kejadian itu.

Peterson kemudiannya bertindak meletak jawatan selepas digantung tugas tanpa gaji.

Dalam kejadian Khamis lalu, bekas pelajar berusia 19 tahun yang lengkap bersenjata separa automatik telah melepaskan tembakan rambang ke arah pelajar dan guru di sekolah berkenaan.


Tags / Kata Kunci: Parkland , Trump , Peterson
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan