Tiga Anak, Menantu Ditahan, Elvi Sukaesih Diheret Ke Balai Polis - Berita Dunia | mStar

Tiga Anak, Menantu Ditahan, Elvi Sukaesih Diheret Ke Balai Polis

Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 10:50 AM

(Ubah saiz teks)

UNIT Narkotik polis Jakarta akan memanggil penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Elvi Sukaesih berhubung penahanan tiga anaknya dan seorang menantu kerana disyaki terlibat dalam pengambilan dadah.

Seorang anak perempuannya, Dhawija Saida, dua anak lelaki, Syehan dan Ali Zainal Abidin telah ditahan bersama pada 16 Februari lalu di sebuah rumah di Cawang, Jakarta Timur.

Selain itu, isteri Syehan, Chauri Gita dan tunang Dhawiya iaitu Muhammad juga ditahan dalam operasi sama.

Polis turut merampas tiga paket kristal methamphetamin masing-masing seberat 0.38, 0.45 dan 0.49 gram, selain dadah paraphernalia.

Pengarah Unit Narkotik berkenaan, Suwondo Nainggolan berkata, Elvi akan dipanggil pada Isnin.

"Kami mahu tahu sama ada dia maklum mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah melibatkan anggota keluarganya," katanya seperti dilaporkan kompas.com.

Menurut Perkara 131 No.35/2009 undang-undang narkotik, sesiapa yang tahu mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah tetapi tidak melaporkannya boleh dihukum sehingga setahun penjara, atau denda maksimum Rp 50 juta.



Tags / Kata Kunci: Elvi Sukaesih , Dhawija Saida
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan