Tular Wanita 'Naik Hantu', Suruh Rakan Makan Duit! - Berita Dunia | mStar

Tular Wanita 'Naik Hantu', Suruh Rakan Makan Duit!

Diterbitkan: Khamis, 22 Februari 2018 9:28 AM

(Ubah saiz teks)

APAKAH hukuman yang sesuai kerana mengadakan hubungan sulit dengan suami kawan anda?

Tular sebuah video di Indonesia yang menunjukkan seorang wanita 'naik angin' ketika berdepan seorang rakannya yang didakwa merampas suaminya.

Dalam video itu, wanita yang dikenal pasti di media sosial sebagai Bu Dendy, dari Jawa Timur itu telah merakamkan situasi dia bersama rakannya itu yang dituduh menggoda suaminya kerana wang.

Adegan itu mungkin menjadi konfrontasi paling mahal apabila Bu Dendy mencampakkan banyak keping wang kertas Rp100,000 (RM27.40) dan Rp (RM13.70) kepada kawannya.

Kemarahannya semakin membuak-buak apabila dia berkata: "Kamu hanya mahu wang suami saya! Makan semua ini! Kamu boleh beli sebuah rumah! Ini wangnya! dan berapa nilai harga diri kamu?."

Video itu yang dianggap dramatik dilaporkan pertama kali dimuat naik oleh Bu Dendy sendiri di laman Facebooknya, sebelum segera tular di media sosial Indonesia dengan ramai yang menjadikan ia sebagai bahan lawak.

"Ada masalah kewangan? Cuba cari pasal dengan Bu Dendy."

Malah, Bu Dendy menjadi begitu popular sehingga namanya menjadi topik ke-13 dalam Twitter di seluruh dunia pada Selasa, seperti dilaporkan oleh Kumparan.

Tetapi aktivis hak wanita bimbang populariti video itu akan membiasakan sikap 'double standard' dalam budaya Indonesia yang mana hanya wanita sering dipersalahkan kerana curang.

Sebagai contoh, tidak ada video atau posting oleh Bu Dendy yang mengkritik suaminya, yang diketahui di media sosial sebagai Pak Dendy kerana kecurangannya.

"Tingkah laku ini tak betul, suaminya mencari wanita lain, tetapi Bu Dendy mati-mati membela suaminya.

"Dia sebenarnya serang siapa? Mangsa. Inilah yang mesti diiktiraf agar wanita tidak terjebak dalam perangkap. Bu Dendy juga boleh menjadi suspek jika kesnya diproses oleh undang-undang," kata Budi Wahyuni, dari Komnas Perempuan, memetik BBC Indonesia.

"Wanita bergaduh kerana seorang lelaki dan orang lain akhirnya menikmati konflik itu."

Tags / Kata Kunci: Bu Dendy , curang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan