“Dihalau Kerana Senggugut Adalah Gila!” - Berita Dunia | mStar

“Dihalau Kerana Senggugut Adalah Gila!”

Diterbitkan: Khamis, 22 Februari 2018 8:45 AM

-fotoGetty

(Ubah saiz teks)

SATU pasangan meluahkan kemarahan mereka selepas diminta keluar dari penerbangan Emirates kerana mengalami senggugut.

Beth Evans, 24, dan Joshua Moran, 26, akan berlepas dari lapangan terbang Birmingham ke Dubai dalam masa beberapa minit apabila mereka diarah keluar dari pesawat.

Pasangan itu berkata kru penerbangan terdengar percakapan Evans yang menyatakan dia mengalami senggugut dan mula menyoalnya.

Kakitangan kemudian memutuskan Evans memerlukan penilaian perubatan sebelum mereka dapat membenarkannya memulakan perjalanan selama tujuh jam.

Tetapi apabila tiada seorang doktor pun dapat diperolehi dengan segera, pasangan itu diminta membuka tali pinggang keledar dan meninggalkan pesawat.

Moran memberitahu The Sun: "Dihalau keluar kerana senggugut adalah gila.

"Beth menangis dan kecewa apabila kru wanita itu bertanyakan soalan kepadanya."

Evans dilaporkan berkata kesakitannya itu adalah 'satu daripada 10' dan dia gembira untuk terbang.

Tetapi kakitangan Emirates berkata mereka tidak dapat membenarkannya terbang bimbang keadaannya semakin teruk semasa penerbangan.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan memberitahu The Sun: "Penumpang itu memaklumkan kru bahawa dia sakit dan tidak selesa dan menyatakan dia berasa tidak sihat.

"Kapten membuat keputusan untuk meminta bantuan perubatan dan Evans diminta turun supaya dia dapat diberikan bantuan perubatan.

"Kami tidak mahu membahayakan Evans dengan menangguhkan bantuan perubatan semasa penerbangan."

Tags / Kata Kunci: senggugut , Emirates
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan