Tiga Anak, Menantu Penyanyi Dangdut Indonesia Ditahan Kes Dadah - Berita Dunia | mStar

Tiga Anak, Menantu Penyanyi Dangdut Indonesia Ditahan Kes Dadah

Diterbitkan: Ahad, 18 Februari 2018 8:52 AM

Elvi Sukaesih (kanan). Foto: Instagram

(Ubah saiz teks)

POLIS Jakarta menahan Dhawiya Saida, anak penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Elvi Sukaesih kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

"Pegawai  Unit Narkotik telah menahan Dhawiya di rumahnya di Cawang, Jakarta Timur," kata jurucakap polis, Komander Kanan Argo Yuwono.

Pasukan polis juga merampas tiga paket methamphetamine masing-masing seberat 0.38, 0.45 dan 0.49 gram, selain set peralatan untuk menggunakan bahan terlarang itu.

Selain Dhawiya, polis juga menamakan empat lagi suspek sebagai tunang Dhawiya, Muhammad, dua abangnya iaitu Syehan dan Ali Zainal Abidin.

"Seorang lagi suspek adalah Chauri Gita, isteri Syehan yang kini mengandung enam bulan," kata Argo.

Sepanjang minggu ini, polis bandar ini telah menahan dua selebriti berkaitan kes dadah iaitu penyanyi dangdut Roro Fitria dan pelakon Fachri Albar. - TheJakartaPost

Tags / Kata Kunci: Elvi Sukaesih , dadah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan