Kantoi Menyorok Dalam Kot - Berita Dunia | mStar

Kantoi Menyorok Dalam Kot

Diterbitkan: Ahad, 18 Februari 2018 11:11 AM

(Ubah saiz teks)

DUA remaja lelaki kantoi menyamar menjadi satu gara-gara untuk menonton sebuah filem baharu.

Salah seorang daripada mereka duduk di atas bahu kawannya, dan badan mereka ditutup dengan kot labuh.

Mereka turut menjadi tumpuan di ruang legar sebuah panggung wayang sementara menunggu giliran membeli tiket.

Malangnya, penyamaran mereka itu dapat dihidu penjual tiket di kaunter dan menegur meraka.

"Kami tidak akan benarkan anda masuk kecuali seorang lagi 'tu' turun," ujar penjual tiket sambil ketawa.

Dengan ketinggian luar biasa itu, mereka turut menjadi tumpuan orang lain dan turut merekodkan ragam kedua-dua lelaki tersebut.

Tags / Kata Kunci: menyamar
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan