Jadi Lelaki Demi Dowry - Berita Dunia | mStar

Jadi Lelaki Demi Dowry

Diterbitkan: Ahad, 18 Februari 2018 11:29 AM

Sen (kiri) bersama isteri pertamanya ketika majlis perkahwinannya pada 2014.

(Ubah saiz teks)

SEORANG individu di negeri utara Uttarakhand di India diberkas pada Rabu lalu selepas  menyamar menjadi lelaki untuk berkahwin dengan dua wanita kerana mahu mendapatkan dowry atau wang hantaran.

Krishna Sen, 26, dipercayai melakukan penyamaran itu sejak 2014 ketika dia berkahwin dengan bekas isteri pertamanya.

Penahanan itu dibuat selepas bekas keluarga mertuanya mendakwa Sen sering mengganggu anak mereka untuk meminta wang hantaran selain meminjam lebih 9,000 pound (RM49,162) bagi memulakan perniagaan.

Menurut polis, wanita tersebut yang juga dikenali sebagai Sweety cuba menyembunyikan jantina sebenarnya dengan melakukan aktiviti biasa golongan lelaki.Dia turut menggunakan alat mainan seks ketika mengadakan hubungan intim dengan isterinya dalam gelap.

"Pada awalnya kami sukar untuk memahami apa yang dikatakan oleh Sen. Kami kemudiannya melakukan pemeriksaan ke atasnya dan terkejut selepas mendapati dia adalah wanita," kata pegawai kanan polis, Janamejay Khanduri. - Daily Mail

Tags / Kata Kunci: Menyamar , Dowry
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan