Bintang Porno Tawar Wang Bayar Gaji Pemain Kelab Bola Sepak Itali - Berita Dunia | mStar

Bintang Porno Tawar Wang Bayar Gaji Pemain Kelab Bola Sepak Itali

Diterbitkan: Ahad, 18 Februari 2018 3:53 PM

Amandha. Amandha Fox/Instagram

(Ubah saiz teks)

SEORANG bintang porno menawarkan wangnya yang diperolehi daripada membintangi video seks untuk membantu sebuah kelab bola sepak Itali yang muflis dan belum dapat membayar gaji pemainnya selama lebih dari empat bulan.

Amandha Fox, yang muncul dalam video laman web orang dewasa termasuk Pornhub, adalah penyokong setia pasukan tersebut.

Pasukan bola sepak Itali, Vicenza Calcio, memasuki proses penyusunan semula hutang pada Mac 2016 dan laporan baru-baru ini menyatakan bahawa para pemain belum dibayar gaji sejak September.

Kelab itu secara rasmi diisytiharkan muflis pada 18 Januari 2018 dan kawalan kelab itu diserahkan kepada seorang pemegang amanah.

Akibat keputusan itu, kelab Serie B itu kini bermain di Serie C.

Selepas musim ini, kawalan nama dan sejarah kelab akan diserahkan kepada Datuk Bandar, yang perlu mencari pemilik baharu untuk membentuk sebuah kelab, yang boleh memasuki Serie D, liga amatur teratas.

Selepas mendengar kelab itu telah diisytiharkan muflis, Fox menawarkan derma 10 peratus daripada semua hasil keuntungannya membintangi video seks dan menjual kalendar untuk membantu membayar pemain yang belum menerima gaji dalam tempoh tertentu.

Fox, yang juga dikenali sebagai 'Venus Poland', memberitahu wartawan tempatan di Itali: "Peminat saya beritahu mahkamah Vicenza secara rasmi mengisytiharkan kegagalan pasukan bola sepak bandar Vicenza Calcio.

“Berita ini menyedihkan saya,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada kelab telah menerima tawaran Fox. -MirrorUK

Tags / Kata Kunci: porno
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan