Pesawat Mendarat Cemas Gara-Gara Penumpang Tak Berhenti Kentut - Berita Dunia | mStar

Pesawat Mendarat Cemas Gara-Gara Penumpang Tak Berhenti Kentut

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 12:17 PM

Suasana dalam pesawat ketika mendarat di Vienna.

(Ubah saiz teks)

BERLAKU satu pergaduhan sesama penumpang selepas kejadian 'kentut kuat tanpa henti'.

Perkhidmatan Transavia Airlines HV6902 terpaksa membuat pendaratan kecemasan semasa perjalanannya dari Dubai ke Amsterdam selepas berlaku insiden tumbuk-menumbuk.

Pesawat itu mendarat di Vienna selepas dua lelaki bergaduh dengan salah seorang penumpang yang kentut dengan kuat dan enggan menghentikannya walaupun sudah ditegur, lapor Mail Online.

Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk mengalihkan pesawat ke lapangan terbang Austria.

Polis menaiki pesawat itu setelah mendarat di Vienna, dan empat orang dilaporkan dibawa keluar dari penerbangan.

Seorang jurucakap polis mengesahkan kejadian itu yang berpunca daripada seorang penumpang yang mempunyai angin dalam badan dan kentut dengan kuat kerana 'tidak cuba menahan dirinya' telah diserang dua lelaki Belanda yang sedang dalam penerbangan.

Polis mengiringi dua lelaki Belanda itu dari pesawat bersama dua wanita, dari Rotterdam.

Salah seorang penumpang wanita, Nora Lachhab, 25 memberitahu De Telegraaf bahawa penyingkiran mereka adalah 'tidak adil'.

"Gila kami termasuk sekali, kami tak tahu siapa lelaki-lelaki ini, kami cuma bernasib malang duduk di barisan yang sama dan kami tak buat apa-apa.

"Kami terpaksa mencari penerbangan dengan syarikat penerbangan lain untuk pulang.

"Apa yang saya dapat katakan adalah krunya benar-benar provokatif dan menimbulkan kekecohan."

Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu media tempatan bahawa empat penumpang itu diharamkan menggunakan penerbangan tersebut.

Mereka tidak ditangkap kerana tidak melanggar mana-mana undang-undang Austria.

Jurucakap itu menegaskan bahawa wanita itu juga bersalah atas salah laku dan penderaan lisan.

"Kru kami mesti memastikan penerbangan selamat.

"Apabila penumpang menimbulkan risiko, mereka segera campur tangan, petugas kita dilatih untuk itu.

"Mereka tahu batas-batasnya.

"Oleh itu, Transavia berada di belakang kru kabin dan juruterbang."

Tags / Kata Kunci: kentut , Transavia Airlines
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan