Gempa Bumi Kuat Landa Oaxaca Di Mexico - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi Kuat Landa Oaxaca Di Mexico

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 9:05 AM

Orang ramai masing-masing berada di luar bangunan selepas merasai pergerakan gempa bumi.

(Ubah saiz teks)

GEMPA bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter berlaku di Oaxaca, Mexico pada 7.39 pagi Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 16.6 darjah utara dan 98.0 darjah barat iaitu 268 km tenggara dari Puebla di Mexico.

Gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami.

Sesetengah bangunan tinggi rosak, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Pihak berkuasa memberi amaran aktiviti gampa bumi ini kepada lima buah negera termasuk bandar Mexico.

September tahun lalu, dua kejadian gempa bumi di Mexico menyebabkan ratusan orang maut.

Tags / Kata Kunci: Gempa Bumi , Mexico
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan