Basikal Puteri Diana Dilelong - Berita Dunia | mStar

Basikal Puteri Diana Dilelong

Diterbitkan: Sabtu, 17 Februari 2018 3:25 PM

Puteri Diana. Foto Hello Magazine

(Ubah saiz teks)

SEBUAH basikal kepunyaan mendiang Puteri Diana sebelum beliau berkahwin dengan Putera Charles dilelong pada Sabtu.

Lady Diana Spencer membeli basikal itu sebelum beliau menjadi sebahagian keluarga diraja Britain.

Beliau menyimpannya sehingga 1981 apabila kakitangan memberitahu basikal itu tidak sesuai dengan dirinya.

Basikal Raleigh keluaran 1970an. Foto Farnon&Lake/BNPS

Basikal jenama Raleigh keluaran 1970an itu kemudian dijual kepada seorang rakan bapanya, Gerald Stonehill.

Stonehill menyimpan basikal tersebut di garajnya selama 27 tahun sebelum menjualnya kepada pemilik sekarang dengan harga £211 (RM1,153) pada 2008.

Menerusi lelongan di Thame, Oxfordshire di England pada Sabtu, harga basikal itu boleh mencecah antara £500 (RM2,731) dan £9,000 (RM49,161). Mail Online

Tags / Kata Kunci: Puteri Diana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan