Ibu Beri Anak Minum Peluntur Rawat Autisme - Berita Dunia | mStar

Ibu Beri Anak Minum Peluntur Rawat Autisme

Diterbitkan: Jumaat, 16 Februari 2018 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG ibu telah dituduh memberi anak perempuannya makan peluntur.

Ibu dari Indiana, Amerika Syarikat itu dikatakan dalam usaha terdesak untuk menyembuhkan anaknya yang menghidap autisme.

Suaminya berkata bahawa isterinya meletakkan beberapa titis peluntur ke dalam minuman anak mereka selepas dia membaca mengenai 'penyelesaian mineral ajaib' dalam satu kumpulan di Facebook.

Jabatan Polis Metropolitan Indianapolis sedang menyiasat perkara itu dan kanak-kanak itu telah dibawa keluar dari kediamannya oleh perkhidmatan kanak-kanak, menurut laporan Fox 59 yang dipetik dalam Daily Mail.

Campuran berpotensi berbahaya itu adalah mengelirukan orang dengan dakwaan ia menyembuhkan penyakit.

Selepas laporan kejadian muncul, presiden dan pengasas Pusat Perilaku untuk Autisme, Sherry Quinn, berkata adalah perkara biasa apabila ibu bapa untuk mencari cara merawat autisme, sambil menambah, penyakit itu tidak boleh disembuhkan.

"Membuat keputusan untuk merawatnya sendiri adalah sesuatu yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang sangat terdesak dan putus harapan," kata Quinn.

Tidak jelas berapa lama kanak-kanak itu diberi makanan peluntur dan sama ada dia mengalami sebarang kerosakan dalaman.

Sementara itu, Pengarah Klinikal Pusat Perilaku Kelly Goudreau menambah: "Saya fikir sangat penting untuk melihat apa yang telah dikaji dan apa yang efektif secara klinikal."

Tags / Kata Kunci: autisme , rawat autisme , peluntur
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan