Presiden Afrika Selatan Letak Jawatan Sebelum Dipecat - Berita Dunia | mStar

Presiden Afrika Selatan Letak Jawatan Sebelum Dipecat

Diterbitkan: Khamis, 15 Februari 2018 9:48 AM

Seorang penonton meraikan peletakan Zuma yang diumumkan menerusi televisyen. - Agensi

(Ubah saiz teks)

JOHANNESBURG: Jacob Zuma meletak jawatan sebagai Presiden Afrika Selatan pada Rabu selepas perintah dikeluarkan oleh Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) bagi menamatkan skandal selama sembilan tahun pemimpin itu berkuasa.

Dalam Ucapan perpisahan selama 30 minit, Zuma yang berusia 75 tahun itu berkata, beliau tidak bersetuju dengan cara ANC menghalaunya terlalu awal selepas pelantikan Cyril Ramaphosa sebagai presiden parti pada Disember, namun terpaksa akur dengan perintah itu.

"Saya dah ambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai presiden republik ini, berkuat kuasa serta-merta.

"Walaupun saya tidak bersetuju dengan keputusan kepimpinan organisasi saya, saya sentiasa menjadi anggota ANC yang berdisiplin," kata Zuma.

Parti yang memerintah dikatakan akan memecat beliau pada Khamis.

"Tiada nyawa yang perlu berkorban di atas nama saya. ANC juga tidak perlu berpecah kerana saya," tambah beliau.

ANC memerintahkan beliau untuk letak jawatan pada Selasa, namun apabila Zuma masih gagal berbuat demikian pada Rabu, pihak pembangkan di parlimen akan 'menghalaunya' keluar.

Peletakan jawatan itu menamatkan karier pemimpin yang memiliki empat isteri itu sebagai bekas penjuang penentang anti-apartid. - Huffington Post

Tags / Kata Kunci: Jacob Zuma
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan