Nak Jadi 'Raja'? Datanglah Ke Tandas Petron - Berita Dunia | mStar

Nak Jadi 'Raja'? Datanglah Ke Tandas Petron

Diterbitkan: Rabu, 14 Februari 2018 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

MENCARI tandas bersih dan berbau wangi di stesen minyak boleh dikatakan agak sukar, tapi pernahkan anda berkunjung ke tandas stesen minyak yang membuatkan anda berasa seperti seorang kerabat diraja?

Rekaan tandas sebegitu boleh dianggap mustahil tapi tidak di Quezon, Filipina kerana menawarkan bilik air mewah bak tandas diraja.

Tandas itu adalah satu lagi tandas unik yang terdapat di negara tersebut selepas artikel mengenai sebuah tandas di stesen minyak Shell di Tagbilaran City, Bohol yang menyediakan perabot kayu, rak buku dan telefon di sebelah mangkuk tandas disiarkan oleh Oddity Central.




Gambar dipetik daripada Facebook: Ryam Dela Cerna, Lea Santiago Garnodo, Santos John dan Peter Briol.

Orang awam menggelarkan tandas itu sebagai 'bilik takhta' dan bilik air itu direka mengikut konsep Inggeris pada zaman pertengahan.

Ia memiliki hiasan dinding dan siling keemasan, cermin disalut emas, lampu candelier kecil dan juga rangka takhta kayu di sekeliling mangkuk tandas.

Stesen minyak Petron turut menggantungkan bingkai gambar yang tertulis: "Di Petron, kamu ialah Raja!"

Tags / Kata Kunci: tandas unik
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan