Bom WW2 Ditemui, Lapangan Terbang London City Tutup - Berita Dunia | mStar

Bom WW2 Ditemui, Lapangan Terbang London City Tutup

Diterbitkan: Isnin, 12 Februari 2018 8:58 AM

(Ubah saiz teks)

PELANCONG diberi amaran tidak ke Lapangan Terbang London City sehingga diberitahu.

Penutupan lapangan terbang itu dibuat sejak Ahad malam selepas penemuan sebiji bom Perang Dunia Kedua (WW2).

Polis Metropolitan berkata, bom WW2 itu ditemui di Sungai Thames, George V Dock.

Jelasnya, ia ditemui ketika menjalani pemeriksaan rutin di lapangan terbang awal pagi Ahad.

Tidak dimaklumkan berapa lama tempoh penutupan lapangan terbang tersebut.

Namun dilaporkan pihak tentera akan mengalihkan bom tersebut dan mengesahkan jenis sebenar bom tersebut.

Tags / Kata Kunci: Bom , WW2
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan