Reaksi Putera William Tentang Anak Kembar - Berita Dunia | mStar

Reaksi Putera William Tentang Anak Kembar

Diterbitkan: Ahad, 11 Februari 2018 10:33 AM

-fotoAP

(Ubah saiz teks)

DI United Kingdom, peluang untuk mendapat anak kembar ialah kira-kira 1.5 dalam 100.

Ia bukan satu angka yang besar, tetapi tidak bermakna ia mustahil.

Putera William telah menyampaikan hadiah pada Anugerah Centrepoint pada Jumaat dan ketika berbual, timbul topik bayi diraja.

Dalam perbualan itu, William menunjukkan dengan jelas pandangannya tentang mempunyai anak kembar dalam keluarga.

-foto Getty

Ketika bercakap dengan bos Anston Properties, Raymond Stoner, William berkata: "Anak ketiga kami akan lahir pada April, saya kini sedang tidur puas-puas," lapor The Telegraph.

Apabila Stoner memberitahunya bahawa dia boleh menjimatkan masa dengan mempunyai anak kembar, William nampak kurang setuju dengan idea itu.

"Kembar? Saya fikir kesihatan mental saya akan diuji dengan kembar," katanya.

Nampaknya, tidur yang cukup sentiasa menjadi perkara penting bagi William.

"Dua (anak) baik-baik saja, saya tak tahu bagaimana saya akan berdepan dengan tiga, saya akan kekal letih."

Tags / Kata Kunci: Putera William , Kate Middleton
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan