71 Maut Dalam Nahas Pesawat Rusia - Berita Dunia | mStar

71 Maut Dalam Nahas Pesawat Rusia

Diterbitkan: Ahad, 11 Februari 2018 8:58 PM

Lapangan Terbang Domodedovo Moscow. - Gambar hiasan/Getty Images

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat Rusia terhempas dan menyebabkan sekurang-kurangnya 65 penumpang maut dan enam kru penerbangan terkorban.

Sumber perkhidmatan kecemasan memberitahu Interfax, tiada mangsa dapat diselamatkan daripada insiden terbabit.

Pesawat tersebut baru berlepas dari Lapangan Terbang Domodedovo Moscow untuk ke pergunungan Urals, menurut laporan media Rusia.

Pesawat Saratov An-148 sedang dalam perjalanan ke Orsk yang terletak di Orenburg Oblast ketika kapal terbang itu tiba-tiba hilang daripada radar.

Pesawat yang terhempas itu adalah jenis An-148 seperti yang ditunjukkan dalam gambar arkib ini.

Kapal terbang terbabit kemudiannya dilaporkan terhempas di luar Moscow.

Kementerian Kecemasan Rusia berkata, pihaknya sedang menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian. - Metro UK

Tags / Kata Kunci: pesawat terhempas
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan