Kerap Ponteng Kerja, 13,000 Kakitangan Kereta Api India Diberhentikan - Berita Dunia | mStar

Kerap Ponteng Kerja, 13,000 Kakitangan Kereta Api India Diberhentikan

Diterbitkan: Ahad, 11 Februari 2018 6:53 PM

Lebih 13,000 pekerja kereta api di India akan diberhentikan daripada perkhidmatan. - Gambar hiasan/ AP

(Ubah saiz teks)

KEBANYAKAN penjawat awam di India gemar culas dalam menjalankan tugas kerana tiada pemantauan berlaku dilakukan ke atas mereka.

Namun, ia tidak lagi mudah apabila syarikat Kereta Api India mula menjejaki pekerjanya yang sering 'hilang' atau bercuti panjang tanpa mendapatkan kelulusan.

Lebih 13,000 pekerja Kumpulan C & D telah dikenalpasti dan mungkin akan diberhentikan daripada perkhidmatan.

Tindakan itu diambil selepas Menteri Kereta Api, Piyush Goyal meminta pihak pengurusan tertinggi agar menjejaki pekerja yang gemar ponteng di beberapa laluan kereta api secara besar-besaran.

"Hasilnya, lebih 13,000 daripada 1.3 juta pekerja dikenal pasti bercuti lama tanpa mendapatkan kelulusan," kata pegawai kereta api melalui satu kenyataan.

Ini bermakna, Kereta Api India yang memiliki antara pekerja teramai di dunia akan menamatkan kira-kira satu peratus daripada jumlah tenaga kerjanya. - India Times

Tags / Kata Kunci: buang kerja
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan