Gadis Pegang Bola Mata Sendiri Luar Gereja - Berita Dunia | mStar

Gadis Pegang Bola Mata Sendiri Luar Gereja

Diterbitkan: Jumaat, 9 Februari 2018 9:01 AM

Seorang gadis dijumpai berlumuran darah dan memegang bebola mata sambil menjerit meminta tolong. - Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

SEORANG gadis berusia 20 tahun dari South Carolina, Amerika Syarikat dikejarkan ke hospital selepas dia ditemukan memegang sebelah bebola matanya di luar sebuah gereja di Anderson.

Seorang saksi, Elizabeth Hiott berkata kepada stesen berita tempatan, WYFF bahawa dia sedang bekerja di dalam Gereja South Carolina dan Pusat Ihsan ketika seorang individu menjerit ke arahnya dan meminta untuk menghubungi pasukan kecemasan.

"Insiden itu berlaku di seberang jalan...saya nampak darah dan dengar gadis itu menjerit.

"Saya sedar ia tidak patut berlaku, sangat tidak patut. Saya cepat-cepat hubungi 911 dan rasa seperti pasukan kecemasan pun tidak percaya dengan apa yang saya cakapkan," katanya kepada stesen tersebut.

Terdapat laporan mengelirukan sama ada gadis itu memegang satu atau kedua-dua bebola matanya.

Gereja South Carolina dan Pusat Ihsan.

WYFF melaporkan dia memegang dua bebola mata, sementara Associated Press melaporkan dia hanya memegang sebelah daripadanya.

Jabatan Polis Daerah Anderson tidak mengeluarkan kenyataan dengan segera apabila dihubungi oleh Huffpost.

Pasukan kecemasan yang tiba di tempat kejadian memberitahu bahawa kecederaan yang dialami disebabkan oleh mangsa sendiri.

"Kebanyakan anggota kami tidak pernah menyaksikan kejadian seperti ini," kata Sheriff Chad McBride kepada Fox Carolina.

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Tambah polis tersebut, memandangkan kes itu tiada unsur jenayah, maka tiada tuduhan akan dibuat. - Huffpost

Tags / Kata Kunci: bebola mata
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan