Tular Gadis 20 Tahun Hadiah 'Jambangan Duit' Buat Kekasih - Berita Dunia | mStar

Tular Gadis 20 Tahun Hadiah 'Jambangan Duit' Buat Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 9 Februari 2018 8:52 AM

Paparan skrin video yang tular di media sosial.

(Ubah saiz teks)

SEBUAH video seorang gadis Thai membuat kejutan kepada teman lelakinya dengan jambangan duit tular di media sosial, membuatkan netizen iri hati dengan lelaki berkenaan yang mendapat 'pakej' kekasih cantik dan wang.

Dalam video itu, Pilaslak Puenchoke, seorang pelajar universiti berusia 20 tahun, mengejutkan teman lelakinya, Tua, di sebuah restoran pada hari jadinya dengan jambangan duit berjumlah THB100,000 (RM12,378).

Jambangan duit itu dihasilkan dengan wang kertas THB500 (RM61.90).

Sekiranya anda tertanya-tanya, ini juga merupakan hadiah Hari Valentine untuk teman lelakinya yang telah menjalinkan hubungan selama setahun dengannya.

"Jambangan ini adalah hadiah hari jadi dan hadiah Valentine," kata Puenchoke.

"Dia mahukan barangan lelaki dan saya tidak tahu apa yang harus dipilih untuknya. Saya mendapat idea jambangan wang di Instagram dan mahu dia memilikinya."

Jelasnya, dia telah menugaskan kedai bunga untuk membuat jambangan itu. Secara keseluruhannya, dia membayar sebanyak THB104,000 (RM12,873).

Puenchoke berkata dia memperoleh wang itu sendiri dengan menjual kosmetik dalam talian.

Ditanya bagaimana teman lelakinya bertindak balas terhadap penghargaan besarnya itu, dia berkata: "Dia gembira dan beritahu tidak mengharapkan sesuatu seperti ini. Dia kata dia tetap akan gembira walau dengan hadiah kek hari jadi daripada saya."

Tags / Kata Kunci: jambangan duit , hadiah Valentine
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan