Sami 'Kantoi' Curi Seluar Dalam Wanita - Berita Dunia | mStar

Sami 'Kantoi' Curi Seluar Dalam Wanita

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 1:28 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG sami Buddha di Thailand dibuang dari kuil setelah rakaman CCTV menunjukkan dia mencuri pakaian dalam wanita yang masih basah.

Dalam video yang dirakamkan pada Isnin, sami berkenaan dilihat berjalan di sebuah lorong di Suphaburi, Thailand.

Rakaman menunjukkan, Theeraphap Worradilok, 49, mencuri enam helai seluar dalam yang di penyidai dan memasukkannya ke dalam beg kain yang digalas di bahu sebelum meninggalkan lorong tersebut.

Pemilik kediaman, Kittisak Khajornnetikhikhun, 40, mendapati seluar dalam isteri dan anak perempuannya hilang pada sebelah petang.

Apabila memeriksa rakaman CCTV, dia terkejut melihat seluar dalam yang hilang itu dicuri oleh seorang lelaki yang dianggap suci.

Dia menelefon polis yang kemudian melancarkan siasatan.

Kittisak, yang menjalankan perniagaan kedai emas, berkata: "Seluar dalam itu tidak mahal. Isteri saya boleh membelinya lagi, walaupun salah satu yang dicuri adalah kesayangannya.

"Perkara paling penting wanita lain harus diberi amaran tentang sami. Sebab itu kami melaporkannya.

"Ia agak lucu dan kami tidak takutkan apa-apa dan tidak mahu timbul kekecohan. Tetapi jelas sekali dia ditangkap atas sebab ini."

Pegawai yang menemubual ketua kuil berkata sami berkenaan telah diusir setelah dimaklumkan berhubung insiden memalukan tersebut.

Dia memberitahu polis bahawa sami terbabit baru-baru ini mendakwa telah berhenti mengambil ubat preskripsi yang membuatnya berkelakuan aneh.

Polis Kolonel Phuwadit Khongpet, yang bertanggungjawab mengesan sami itu berkata: "Lelaki dalam video itu adalah seorang sami. Dia berasal dari wilayah Nakhon Nayok.

"Kami telah menemubual ketua di kuil yang mengatakan sami itu mungkin keliru kerana dia berhenti mengambil ubat.

"Tetapi dia telah mencemarkan reputasi kuil itu.

"Pegawai akan meneruskan siasatan, mencari sami itu dan menuduhnya mencuri mengikut undang-undang." -mailOnline

Tags / Kata Kunci: pakaian dalam , sami
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan