Puteri Mako Tangguh Perkahwinan Hingga 2020 - Berita Dunia | mStar

Puteri Mako Tangguh Perkahwinan Hingga 2020

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 11:13 AM

Foto: Reuters

(Ubah saiz teks)

PUTERI Jepun, Mako menangguhkan majlis perkahwinannya sehingga tahun 2020.

Mako yang menjalin hubungan dengan rakan kolejnya sejak 2012 mengakui kekangan masa menyebabkan beliau terpaksa menangguhkan majlis perkahwinannya.

Mako,26, merupakan cucu perempuan kepada Maharaja Akihito dijadualkan berkahwin dengan pekerja firma guaman, Kei Komuro pada November ini.

"Saya memohon maaf kerana menimbulkan masalah besar dan menyusahkan ramai orang yang telah membantu melakukan persiapan perkahwinan kami," jelasnya.

Mako bakal kehilangan gelarannya selepas berkahwin dengan Komuro yang bukan dari kalangan maharaja.

Pihak istana turut menafikan punca penangguhkan ini berkaitan dengan dakwaan masalah kewangan yang dihadapi ibu Komuro, menurut laporan Jiji.

Selain itu, pada April 2019 Maharaja Akihito,84, menjadi maharaja Jepun pertama akan meninggalkan takhtanya selepas 200 tahun.

Anak sulungnya dan bapa saudara Mako, Putera Naruhito yang berusia 57 akan menggantikan takhtanya.

Tags / Kata Kunci: Puteri Mako , Jepun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan