Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan - Berita Dunia | mStar

Gempa Bumi Kuat Landa Taiwan

Diterbitkan: Rabu, 7 Februari 2018 8:02 AM

Bangunan yang hampir runtuh akibat bencana gempa bumi pada Selasa di Taiwan.

(Ubah saiz teks)

GEMPA bumi kuat melanda Taiwan menyebabkan sekurang-kurangnya dua terbunuh dan lebih 200 orang cedera.

Gempa bumi berukuruan 6.4 magnitud berlaku pukul 11.50 malam Selasa, sepanjang 20 klimometer di pesisiran kepulauan bahagian pantai timur.

Pasukan kecemasan telah menyelamatkan seramai 150 orang yang berada di hotel dan kediaman tinggi sebelum ianya runtuh.


Kebanyakan bangunan tinggi rosak termasuk hospital.

Sebanyak 40,000 buah rumah tanpa bekalan air, manakala jalanraya dan jambatan ditutup.

"Kami tahu masih ada orang yang terkurung di dalam - kami dapat lihat cahaya lampu di dari dalam hotel.

"Mereka menggunakan cahaya lampu telefon bimbit untuk memberi isyarat," kata salah seorang mangsa yang terselamat.

Tags / Kata Kunci: Gempa bumi , taiwan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan