Sumbat Mayat Isteri Dalam Beg Selepas Dihalau - Berita Dunia | mStar

Sumbat Mayat Isteri Dalam Beg Selepas Dihalau

Diterbitkan: Sabtu, 3 Februari 2018 9:29 PM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH rakaman menunjukkan seorang suami menarik bagasi yang mengandungi mayat isterinya berhampiran sebuah jalan selepas dia mencekik wanita itu menggunakan sehelai selendang.

Ashwin Daudia, 51, membunuh Kiran Daudia, 46, kerana berang dihalau wanita itu yang didakwa turut berlaku curang.

Ashwin.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki itu memakai baju bertopi ketika dia menarik mayat isterinya di sepanjang jalan sebelum menyembunyikan mayat mangsa berhampiran rumah jirannya.

Pasangan itu pernah mendirikan rumah tangga selama 26 tahun itu berpisah tiga tahun sebelum insiden tersebut berlaku dan telah menjual kediaman mereka kepada kakak Ashwin, Preti Jethwa.

Kiran yang bekerja di kedai pakaian jenama Next dilaporkan hilang pada 16 Januari tahun lalu.

Operator mesin di sebuah kilang itu menyumbat mayat isterinya ke dalam sebuah bagasi dan memasukkan barangan wanita itu ke dalam bagasi lain sebelum anak lelaki mereka yang berusia 17 tahun pulang dari kolej.

Mayat mangsa ditemukan oleh seorang jiran berhampiran rumah teres di Evington, Leicester pada pukul 9.30 pagi, 17 Januari tahun lalu.

Ashwin menunjukkan reaksi bersahaja ketika dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau sekurang-kurangnya selama 18 tahun di Mahkamah Leicester Crown. - Mirror UK

Tags / Kata Kunci: bunuh isteri
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan