Rokok Punca Van Terbakar Rempuh Pejalan Kaki - Berita Dunia | mStar

Rokok Punca Van Terbakar Rempuh Pejalan Kaki

Diterbitkan: Jumaat, 2 Februari 2018 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

SHANGHAI: Lapan belas pejalan kaki cedera, termasuk tiga parah selepas sebuah van mini yang terbakar hilang kawalan lalu merempuh orang ramai di tengah bandar raya ini.

Siasatan awal mendapati, kebakaran itu berpunca daripada rokok pemandu van berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Chen.

Susulan kejadian itu, Chen yang cedera terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Lelaki ini juga disyaki membawa bahan berbahaya secara haram.

Menurut kerajaan Shanghai berkata, insiden itu berlaku di jalan berhampiran Dataran Rakyat di sini.

Kejadian itu menyebabkan kenderaan terbabit terbakar, namun ia berjaya dipadamkan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut sama ada kebakaran berlaku sebelum atau selepas rempuhan.

"Kebakaran itu berjaya dipadamkan dan siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan," kata kerajaan tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu, portal berita yang berpangkalan di Shanghai, The Paper yang memetik saksi melaporkan van mini itu sudah terbakar ketika ia merempuh laluan pejalan kaki, sebelum berhenti di hadapan Starbucks.

"Orang ramai yang berada di lokasi kejadian cuba mengeluarkan enam mangsa yang berada di dalam kenderaan itu, termasuk pemandu dengan memecahkan cermin," lapor The Paper.

Bagaimanapun, laporan itu ditarik balik dari laman web portal berita itu dan digantikan dengan kenyataan ringkas kerajaan Shanghai mengenai insiden berkenaan. - Reuters





Tags / Kata Kunci: Chen , Shanghai
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan