Kecoh Skandal Seks Pengarah Sekolah, Pelajar 14 Tahun - Berita Dunia | mStar

Kecoh Skandal Seks Pengarah Sekolah, Pelajar 14 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 2 Februari 2018 2:34 PM

(Ubah saiz teks)

NAKHON RATCHASIMA: Pengarah sebuah sekolah di sini yang disyaki menjalin hubungan sulit dengan pelajar berusia 14 tahun bakal berdepan tuduhan tambahan melibatkan kes penderaan seksual.

Ketua Polis Bua Yai, Kharom Boonsud berkata, pendakwaan mungkin dikenakan terhadap Nathaphob Boonthongtho yang juga pengarah Sekolah Wat Ban Patong Tha Neon Samakkhee jika ada bukti kukuh perlakuannya yang menjurus perbuatan tidak bermoral itu.

Kolonel Kharom berkata, pihaknya akan menyoal siasat remaja perempuan berkaitan hubungannya dengan lelaki berusia 51 itu.

Susulan kes berkenaan, remaja itu kini ditempatkan di rumah perlindungan untuk kanak-kanak dan keluarga Nakhon Ratchasima.

Pihak polis juga akan berbincang bagi memutuskan lokasi untuk menemubual remaja itu, sama ada di balai polis atau rumah perlindungan berkenaan.

Sementara itu, Nathaphob yang dituduh menculik remaja itu telah hadir di balai polis pada Rabu selepas laporan dibuat ibu bekas teman lelaki remaja perempuan terlibat.

Pegawai kanan sekolah itu melapor kepada pegawai penyiasat dengan mendakwa bekas teman lelaki remaja terlibat menjual pil metamfetamin.

Malahan, dia juga menafikan semua pertuduhan terhadapnya dan berikrar untuk mencabar pihak pendakwa di mahkamah.

Sementara itu, Pengarah Sekolah Rendah Nakhon Ratchasima, Sanong Sudsa-art berkata, Nathaphob telah diarahkan supaya melapor diri di situ.

Nathaphob dikenakan tindakan disiplin dan tempoh penggantungannya sehingga kes berkenaan selesai.

Skandal seks antara Nathaphob dengan pelajar perempuan itu bermula apabila penduduk dan pentadbir sekolah mendedahkan mesej perbualan mereka menerusi telefon bimbit remaja itu.

Menerusi mesej itu, Nathaphob memanggil remaja itu sebagai 'sayang' dan 'isteri', malahan penduduk pernah beberapa kali melihat mereka keluar bersama.-BangkokPost


Tags / Kata Kunci: Kharom , Bua Yai
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan