Waris Mengamuk Jururawat Suntik Mayat - Berita Dunia | mStar

Waris Mengamuk Jururawat Suntik Mayat

Diterbitkan: Selasa, 30 Januari 2018 5:54 PM

Paparan skrin video tular yang disiarkan di detikcom

(Ubah saiz teks)

SEBUAH video menunjukkan dua individu sedang memarahi seorang jururawat di hospital swasta Siti Khodijah di Sidoarjo, tular.

Insiden itu berlaku selepas jururawat tersebut didakwa menyuntik ibu mereka yang sudah meninggal dunia.

Ahli keluarga juga menuntut seorang doktor, yang mereka percaya mengarahkan jururawat itu memberi suntikan kerana tidak menyedari bahawa pesakit telah meninggal dunia, bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Dengan keluarga pesakit mengancam untuk menyaman hospital dan video tersebut tular, Polis Daerah Jawa Timur berkata mereka telah memulakan siasatan berhubung perkara itu.

"Lokasinya adalah di sebuah hospital swasta di Kecamatan Sepanjang, Sidoarjo. Kami telah memulakan penyiasatan," kata Jurucakap Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera, memetik Kompas.

Hospital Siti Khodijah, melalui wakil undang-undangnya, menafikan tuduhan oleh keluarga dalam video itu dan menyatakan bahawa ini adalah cubaan merosakkan reputasi mereka.

"Terdapat percubaan yang sistematik dan teratur oleh seseorang untuk mencemarkan nama baik hospital," kata Masbuhin, seorang peguam yang mewakili hospital.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan