Terbeliak Tengok Beyonce, Jay-Z - Berita Dunia | mStar

Terbeliak Tengok Beyonce, Jay-Z

Diterbitkan: Isnin, 29 Januari 2018 10:11 PM

Seorang wanita (kanan) terkejut melihat pasangan Beyonce dan Jay-Z. Foto instagram Beyonce

(Ubah saiz teks)

NEW York pada hujung minggu dipenuhi ramai bintang popular berikutan acara muzik tahunan Anugerah Grammy kembali dianjurkan di kota raya itu buat pertama kali selepas 15 tahun.

Bagaimanapun bagi seorang wanita ini, insidennya bertemu dengan bintang gred A merupakan sesuatu yang tidak dijangka.

Wanita yang tidak dikenali itu dirakamkan menerusi lensa kamera menyaksikan dia terkejut apabila bertembung dengan pasangan penyanyi Beyonce dan Jay-Z yang sedang berjalan di sebuah hotel pada Sabtu.

Menariknya, gambar tersebut dimuat naik di akaun Instagram milik Beyonce.

Ketika itu, Beyonce, 36, yang anggun menyarungkan busana gaun hitam sedang memandang ke bawah semasa melintas di hadapan wanita berkenaan.

Beliau diiringi suaminya, Jay-Z, 48, yang merupakan penyanyi rap.

Jay-Z kelihatan segak memakai tuksedo sambil memegang tangan Boyence.

Pasangan popular itu hadir bagi menyaksikan Anugerah Grammy ke-60 di Madison Square Garden, New York. - Mail Online

Tags / Kata Kunci: Grammy , Beyonce , Jay-Z
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan