Kate Derma Rambut, Bantu Pesakit Kanser Kanak-Kanak - Berita Dunia | mStar

Kate Derma Rambut, Bantu Pesakit Kanser Kanak-Kanak

Diterbitkan: Ahad, 28 Januari 2018 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

DUCHESS of Cambridge, Catherine menderma rambutnya kepada pesakit kanser.

Kate menderma tujuh inci rambutnya yang dipotong kepada sebuah organisasi  Little Princess Trust.

Penggaya rambut rasminya percaya, dia telah memotong rambut Kate yang berusia 36 tahun itu lebih daripada tujuh inci daripada kepanjangan yang sebenar.

Organisasi tersebut akan membuat rambut palsu untuk kanak-kanak yang menderita penyakit kanser selepas menjalani rawatan kimoterapi atau radioterapi.

Idea menderma rambut itu timbul ketika Joey,30, memotong rambutnya di Kensington Palace.

"Empat bulan lalu Joey cuba memujuk Catherine supaya memotonnya yang sudah panjang dariapada biasa.

"Ketika itu juga timbul idea agar rambut yang dipotong itu digunakan untuk kebaikan daripada dibuang.

"Ia sesuatu yang menyenangkan apabila seorang kanak-kanak perempuan akhirnya gembira memakai rambut palsu daripada rambut asli seorang puteri.

"Apa yang dilakukan Kate itu amat menyentuh hati dan berguna kepada pemakainya," jelas satu sumber istana kepada Daily Express.

The Princess Trust telah ditubuhkan sejak 12 tahun lalu oleh ibu bapa Hannah Trapple yang meninggal dunia akibat kanser 2005.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan