Terselamat Di ‘Gunung Pembunuh’ - Berita Dunia | mStar

Terselamat Di ‘Gunung Pembunuh’

Diterbitkan: Ahad, 28 Januari 2018 12:29 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG pendaki Perancis, Elisabeth Revol  terselamat daripada 'Gunung Pembunuh' di Pakistan.

Bagaimana pun, pencarian terhadap seorang lagi pendaki dari Poland Tomasz Mackiewicz terpaksa dihentikan.

Kedua-dua pasangan itu mendaki Gunung Nanga Parbat atau dikenali 'Gunung Pembunuh' dan terkandas pada paras ketinggian 7,400 meter pada Jumaat.

Pasukan penyelamat elit dari Poland yang berada di kawasan berdekatan bergegas memberi bantuan dan menemukan Revol yang masih hidup.

Mackiewicz ketika di puncak Gunung Nanga parbat pada tahun 2014.

Sebelum diselamatkan Revol dan Mackiewicz terpisah daripada pasukannya yang kesemuanya enam orang.

Empat lagi rakan pasukannya berada di 'base camp'.

Selepas itu Revol pula terpisah dengan Mackiewicz selepas diselubungi keadaan cuaca dan salji tebal.

"Agak mustahil untuk teruskan pencarian Tomasz kerana cuaca dan ketinggian yang boleh menyebabkan bahaya kepada pasukan penyelamat.

"Ia keputusan yang sukar. Kami sangat bersedih. Kami  bersimpati kepada keluarga Tomek dan kawan-kawannya. Kami sangat sedih," ujar wakil Ludovic Giambiasi yang merupakan kawan kepada Revol.

Kesemua lima pendaki yang diselamatkan itu dijangka akan dibawa ke bandar Skardu menaiki helikopter.

Gunung Nanga Parbat dianggap berbahaya selepas 30 pendaki maut apabila cuba menakluki gunung ini sebelum ia berjaya didaki buat kali pertama pada tahun 1953.

Tahun lalu, pendaki dari Sepanyol dan Argentina dianggap mati selepas gagal ditemui di puncak.Dan pada tahun 2013, seramai sepuluh pendaki luar negara dan penunjuk arah warga negara Pakistan dibunuh (orang tempatan) ketika di kaki gunung.

Tags / Kata Kunci: Gunung Nanga Parbat
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan