Kebakaran Bilik Kecemasan Hospital Sejong Ragut 37 Nyawa - Berita Dunia | mStar

Kebakaran Bilik Kecemasan Hospital Sejong Ragut 37 Nyawa

Diterbitkan: Jumaat, 26 Januari 2018 10:24 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

SEOUL: Kebakaran hospital di Korea Selatan telah mengorbankan 37 nyawa dan lebih 100 yang lain cedera dan dikhuatiri angka korban akan meningkat memandangkan mereka yang cedera adalam dalam keadaan keadaan kritikal, lapor agensi berita Arirang.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) itu bermula di bilik kecemasan pada aras pertama Hospital Sejong sebelum api dapat dikawal beberapa jam kemudian, kata ketua balai bomba Miryang, Choi Man-woo.

Anggota bomba dilaporkan mengambil masa selama dua jam untuk memindahkan kira-kira 200 pesakit dari bangunan utama hospital itu.

Kesemua 94 pesakit yang berada di rumah penjagaan yang terletak bersebelahan hospital tersebut telah selamat dipindahkan.

Miryang terletak kira-kira 270 kilometer dari tenggara Seoul dan semua pesakit yang diselamatkan telah ditempatkan di empat hospital berdekatan.

Kejadian itu berlaku selepas sebulan tragedi kebakaran di bangunan lapan tingkat pusat kecergasan di Jecheon yang mengorbankan 29 orang.- Reuters 


Tags / Kata Kunci: Sejong , Miryang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan