Lelaki Dilanggar Kereta Api Ketika ‘Selfie’ - Berita Dunia | mStar

Lelaki Dilanggar Kereta Api Ketika ‘Selfie’

Diterbitkan: Jumaat, 26 Januari 2018 8:22 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki yang asyik berswafoto dilanggar sebuah kereta api di Hyderabad, India.

Rakaman video berdurasi 21 saat itu menunjukkan kejadian berlaku ke atas pelatih gimnasium, T Siva dan telah menjadi tular.

Sebelum dilanggar, Siva telah diberi amaran oleh orang ramai yang berada berdekatan landasan, namun tidak diendahkannya.

Malah hon kereta api juga turut berbunyi sebelum dia dilanggar di bahagian kanan badannya.

Walaupun di langgar, Siva bernasib baik kerana hanhya mengalami kecederaan yang tidak membawa maut.

Gara-gara kelakuan itu, dia dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan denda 500 rupee (RM30.60).

Tags / Kata Kunci: Kereta Api , Selfie
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan