Anak Lembu Jalan Seperti Manusia - Berita Dunia | mStar

Anak Lembu Jalan Seperti Manusia

Diterbitkan: Rabu, 24 Januari 2018 9:12 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH rakaman video pelik menunjukkan anak lembu berjalan seperti manusia dengan dua kaki dan dua tangan yang kudung tular di internet.

Rakaman yang berlaku di Indonesia itu menunjukkan saiz anak lembu tersebut yang sama tinggi dengan saiz badan kanak-kanak.

Haiwan itu kelihatan berjalan dalam keadaan tidak stabil di atas dua kakinya.

Bagaimanapun, anak lembu itu tidak jatuh sepanjang lebih seminit rakaman itu dibuat.

Seorang lelaki tanpa baju dan memakai kain sarung muncul di dalam video yang dipercayai dirakam di kawasan perkampungan dan melihat anak lembu itu berjalan dengan hati-hati.


Rakaman video yang dipetik daripada portal berita Metro UK.

Pada satu ketika, anak lembu terbabit menuju ke arah lelaki tersebut, namun lelaki itu menolaknya ke tepi.

Netizen yang menonton video itu mengkritik layanan yang diberikan terhadap lembu itu.

Gernaine Louise Thomas berkata: "Saya amat patah hati. Tiada orang mahu tolong? Kita hidup dalam dunia yang mementingkan diri sendiri."

Sementara itu, Sukairaa Leishman berkata:"Tembak haiwan yang kasihan ini dan bebaskan dia daripada penderitaan."

Manakala Kaelynn Mara pula berkata: "Kenapa mereka tidak mencipta kaki palsu beroda? Saya sedih." - Metro UK

Tags / Kata Kunci: lembu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan