Kenapa Meghan Markle Dilarang Tandatangan Autograf? - Berita Dunia | mStar

Kenapa Meghan Markle Dilarang Tandatangan Autograf?

Diterbitkan: Isnin, 22 Januari 2018 9:31 AM

-fotoAFP

(Ubah saiz teks)

BERKAHWIN dengan keluarga diraja bermakna anda perlu berdepan dengan protokol atau senarai peraturan yang panjang dan Meghan Markle tidak terlepas.

Semasa lawatan rasmi ke Cardiff, Wales, pada Sabtu, tunang Putera Harry itu dilaporkan menulis sesuatu dalam buku autograf seorang budak perempuan bernama Caitlin Clark, tetapi Markle tidak menurunkan tandatangannya, kerana ia adalah protokol yang perlu dipatuhinya.

Sebaliknya, dia menulis nota manis: 'Hi Kaitlin', bersama lukisan hati dan tanda senyuman.

"Saya tidak benar-benar peduli (salah ejaan nama)," kata Clark.

"Hati saya masih berbunga-bunga, saya tak pernah dapat autograf diraja sebelum ini. Semua orang mencemburui saya," katanya.

Seperti yang dinyatakan oleh Express, larangan menurunkan tandatangan pada autograf wujud kerana terdapat risiko tandatangan diraja yang ditiru, disalin atau dipalsukan.

Jadi, anda tidak akan dapat melihat Putera Harry menandatangani autograf dalam memberikan kata-kata perangsang.

Pada tahun 2010, Harry menulis kata-kata semangat kepada seorang gadis yang cedera.

Pada tahun yang sama, semasa lawatan menemui mangsa banjir di Cornwall, England, Putera Charles menulis 'Charles 2010' di atas kertas untuk penduduk yang meminta tanda tangannya, menurut The Telegraph pada masa itu.

Dia dilaporkan meminta maaf atas kerana tulisannya agak buruk kerana dia 'tidak pernah menulis berdiri', tetapi penerima dikatakan gembira.

Tetapi ada beberapa peristiwa yang mana kerabat diraja dijemput untuk menandatangani nama mereka.

Mereka boleh menandatangani buku tetamu atau dokumen rasmi, seperti yang dilakukan oleh Duchess of Cambridge di kem tahanan Stutthof semasa lawatan rasmi ke Poland dan Jerman.

Tags / Kata Kunci: Meghan Markle , autograf
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan