Jamu Piza Sebelum Bunuh Anak - Berita Dunia | mStar

Jamu Piza Sebelum Bunuh Anak

Diterbitkan: Isnin, 22 Januari 2018 3:57 PM

Foto kredit: Caters News Agency

(Ubah saiz teks)

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tersenyum gembira selepas menjamu selera dengan beberapa keping piza.

Malangnya senyuman itu adalah yang terakhir sebelum Mylee Billingham apabila dia ditikam oleh bapanya sendiri dalam kejadian di West Midlands pada Ahad malam.

Suspek, Bill Billingham yang berusia 54 tahun sebelum itu memuat naik gambar anaknya tersenyum di hadapan sebuah pinggan berisi piza di laman Facebook miliknya pada pukul 8.15 malam Ahad dengan kapsyen: "Pitza on bed lv moo x'."

Bapa mangsa. Foto kredit: Caters News Agency

Ibu mangsa, Tracey Taundry yang telah berpisah dengan Billingham memberi tanda suka terhadap posting tersebut.

Bagaimana pun sejam kemudian terdengar jeritan daripada Taundry: "Mereka tikam anak saya".

Taundry tinggal berdekatan dengan tempat kejadian.

Mylee ditemui dengan kecederaan di perut dan dihantar ke hospital, namun gagal diselamatkan.

Manakala Billingham yang disyaki turut menikam perutnya sendiri dirawat di hospital dengan pengawasan polis.

Tags / Kata Kunci: Bunuh , Makan Piza
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan