Kerana Kekasih, Pemuda Ugut Usahawan - Berita Dunia | mStar

Kerana Kekasih, Pemuda Ugut Usahawan

Diterbitkan: Ahad, 21 Januari 2018 3:38 PM

Manish dan Amir pada sidang media selepas ditahan pihak berkuasa Noida Dadri baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

KERANA mabuk cinta, seorang pemuda ditahan kerana telah membuat panggilan mengugut seorang ahli perniagaan.

Manish Kumar menuntut usahawan di Noida Dadri ini menyerahkan Rs 10 lakh bagi membolehkan dia memenuhi permintaan teman wanitanya.

Pemuda berusia 22 tahun ini mahu membelikan sebuah skuter sebagai hadiah kepada kekasihnya tetapi tidak mempunyai cukup wang untuk berbuat demikian.

Susulan itu, dia telah mengatur rancangan  untuk mengugut seorang ahli perniagaan terkemuka di bandar itu.

Laporan Times of India menyebut, Manish dan rakannya, Amir, 20 yang ditahan Khamis lalu telah mengaku melakukan perkara itu.

Lelaki itu juga mengaku telah menggunakan wang yang diperoleh itu untuk membeli telefon bimbit dan telah beberapa kali membawa teman wanitanya membeli belah.

"Saya tidak dapat menanggung perbelanjaan untuk memenuhi apa yang dia mahu dan akhirnya memutuskan untuk mencari jalan mudah untuk mendapat wang," katanya kepada polis.

Penahanan Amir telah membawa kepada penemuan telefon bimbit yang digunakan untuk menghubungi mangsa, Ashish Goyal.

Pegawai Polis Dadri, Nishank Sharma berkata, Goyal telah membuat laporan polis mengenai ugutan pemuda terlibat.

Siasatan yang dijalankan menggunakan nombor telefon yang digunakan suspek telah membuahkan hasil apabila kedua-dua pemuda itu dikenal pasti.

Kedua-dua suspek telah ditahan mengikut Seksyen 386 dan 506 Kanun Prosedur Jenayah India (IPC).



Tags / Kata Kunci: Noida Dadri , Manish
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan