Kate Middleton - Meghan Markle, Siapa Lebih Kaya? - Berita Dunia | mStar

Kate Middleton - Meghan Markle, Siapa Lebih Kaya?

Diterbitkan: Sabtu, 20 Januari 2018 10:16 AM

Kate Middleton (tengah) bersama Putera William (kiri) dan Putera Harry. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

KATE Middleton dan Meghan Markle adalah dua wanita yang paling kerap dibicarakan dunia hari ini kerana masing-masing mempunyai hubungan dengan Putera William dan Putera Harry.

Tidak hairanlah jika peminat mereka ingin tahu mengenai kekayaan Middleton dan Markle terutama sebelum mereka dikaitkan dengan kerabat diraja.

Middleton telah dianggap 'kaya' sebelum berkahwin dengan Duke of Cambridge. Nilai bersih kekayaannya pada tahun 2011 dianggarkan lebih dari AS$49 juta.

Selepas menyertai keluarga diraja, nilai bersih kekayaan Middleton semakin meningkat. Perbelanjaan Duchess of Cambridge semuanya ditanggung oleh harta Putera Charles, jadi kekayaan peribadinya tidak digunakan.

Jika William mengambil alih peranan raja, kekayaan pasangan itu akan terus meningkat.

Tetapi walaupun William masih belum menjadi raja, peranan Putera Charles sebagai raja juga bermakna kekayaan seluruh keluarga mereka meningkat.

Sementara itu, kekayaan Markle kebanyakannya diperolehi daripada bidang lakonan dan pemodelannya.

Meghan Markle dijangka mendapat manfaat yang sama dengan Kate Middleton selepas berkahwin dengan Putera Harry. -fotoREUTERS

Peranannya yang berulang dalam siri Suit dapat memberikannya lebih banyak keuntungan dengan membintangi siri ini sebagai Rachel Zane selama tujuh musim.

Keluarga Markle tidak semestinya kaya atau tidak sekaya keluarga Middleton. Malah, bapanya, Thomas Markle, sedang menghadapi masalah kewangan pada masa ini.

Semasa wawancara baru-baru ini, kakak tiri Markle, Samantha Markle-Grant, menggalakkan adiknya yang akan menjadi keluarga diraja membantu kewangan bapa mereka.

Tetapi apabila Markle berkahwin dengan Harry, dia juga akan mendapat manfaat yang diperolehi Middleton sebagai isteri William.

Markle tidak lagi perlu menghabiskan wang sendiri kerana Harry dan keluarganya akan menjaganya.

Markle dan Middleton juga sangat berpengaruh terhadap ekonomi British. Tetapi ketika 'kesan Meghan Markle' baru saja bermula, 'kesan Kate Middleton' telah menyumbang lebih banyak kepada United Kingdom dengan anggaran lebih dari AS$13 bilion.

Pada tahun-tahun akan datang, 'kesan Meghan Markle' mungkin lebih hebat daripada Middleton, dan peminat kerabat diraja hanya perlu tunggu dan lihat. -InternationalBusinessTimes

Tags / Kata Kunci: Kate Middleton , Meghan Markle , kekayaan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan