Lelaki Kanada Bina Kereta Salji Disaman - Berita Dunia | mStar

Lelaki Kanada Bina Kereta Salji Disaman

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 2:43 PM

Laprise membina kereta olok-olok untuk mengusik pihak berkuasa. - Facebook/ L.S.D Laprise Simon Designs

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki Kanada dikenakan saman tempat letak kereta gara-gara membina replika kereta yang diperbuat daripada salji.

Simon Laprise membina kereta salji yag diinspirasikan daripada filem Back To The Future di tepi jalan sebagai satu bentuk usikan dan dia akhirnya menerima akibat daripada perbuatannya itu.

"Ia hari yang indah. Jadi saya ambil keputusan untuk buat sesuatu dengan timbunan salji, buat lawak dengan membina sebuah kereta.

"Ini bukan kali pertama saya melakukannya, ia hanyalah kali pertama yang dilakukan pada hari pembersihan salji," kata Laprise kepada Vice.

Posting yang dimuat naik oleh Laprise di laman Facebook miliknya.

Lelaki itu membiarkan replika kereta tersebut berhari-hari sepanjang ribut salji berlaku.

Kereta salji itu kelihatan sama seperti kereta sebenar sewaktu polis melakukan rondaan untuk melihat kereta yang diletakkan di bahu jalan semasa kerja pengalihan salji dilakukan.

Mereka mengeluarkan saman dan meninggalkannya di atas perisai angin yang juga diperbuat daripada salji.

Menurut laporan United Press International, Laprise yang merasakan perkara itu lucu bertindak memuat naik mengenai hal tersebut di Facebook.

"Muahahaha," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: salji
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan