Bayi Maut, 15 Cedera Kereta Rempuh Pejalan Kaki - Berita Dunia | mStar

Bayi Maut, 15 Cedera Kereta Rempuh Pejalan Kaki

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 12:48 PM

Keadaan sebuah kereta yang merempuh pejalan kaki dekat pantai Copacabana sehingga mengakibatkan seorang bayi maut. Foto Reuters

(Ubah saiz teks)

SEORANG bayi maut dan ramai lagi cedera dalam insiden sebuah kereta merempuh pejalan kaki dekat pantai terkenal Copacabana di Brazil.

Kejadian tragik itu berlaku pada pukul 8 malam Khamis waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia).

Ketika itu, lokasi kejadian dipenuhi pelancong.

Laporan awal dari Rio De Janeiro menyebut sekurang-kurangnya 15 orang cedera, termasuk empat kanak-kanak.

Seorang pegawai jabatan bomba kemudian mengesahkan bayi, dipercayai berusia lapan bulan terbunuh dalam kejadian itu.

Menurut pegawai, mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital Miguel Couto di Rio de Janeiro. 

Pemandu kereta berusia 41 tahun itu ditahan di tempat kejadian dan dibawa ke hospital.

Menurut media tempatan, lelaki berkenaan dilaporkan menjalani ujian alkohol.

Laporan menyebut bahawa pemandu mungkin hilang kawalan selepas roda kenderaan mengalami masalah. - Mirror

Tags / Kata Kunci: Copacabana
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan