PM New Zealand Bakal Timang Cahaya Mata - Berita Dunia | mStar

PM New Zealand Bakal Timang Cahaya Mata

Diterbitkan: Jumaat, 19 Januari 2018 11:16 AM

Jacinda Ardern. Foto Bloomberg

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern pada Jumaat mengumumkan beliau bakal menimang cahaya mata pada Jun depan.

Ia sekali gus menjadikan beliau sebagai pemimpin pertama negara yang bakal melahirkan anak semasa memegang jawatan itu.

Pemimpin berusia 37 tahun yang mula berkhidmat sebagai perdana menteri pada Oktober lalu berkata, kehamilan itu 'tidak dijangka tetapi mengujakan' untuknya dan pasangan, Clarke Gayford.

"Kami berdua sangat gembira. Kami mahukan keluarga tetapi tidak pasti ia akan berlaku kepada kami," katanya dalam satu kenyataan.

Pemimpin berkarisma itu melalui kebangkitan meteorik tahun lalu dengan memenangi jawatan itu selepas beberapa bulan mengambil alih memimpin parti buruh.

Tags / Kata Kunci: Jacinda Ardern
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan